Wirdora Libelle and Papillon Rose Gold 18K

Aksesori Hijab Emas Rose Gold 18K dari Wirdora

Wanita dan gaya, tidak boleh dipisahkan. Namun citarasa wanita berhijab untuk bergaya mewah kadang-kala terhenti dek kualiti aksesori hijab di pasaran. Hendak dibeli aksesori emas, terlalu mahal dan mengusiakan pemakainya. Nak dibeli yang biasa, tidak bergaya pula. Mahu dibeli yang bertatah dan berkilau, risau pula terjatuh kristalnya.

Jangan risau. Wirdora kan ada.

Wirdora merupakan jenama aksesori hijab pilihan wanita berhijab di Malaysia. Rekabentuk aksesori Wirdora yang menarik bukan sahaja menambat perhatian kaum Hawa, kualiti dan waranti yang ditawarkan oleh produk Wirdora pula melegakan hati kaum Adam – yang gembira dapat berbelanja untuk wanita tersayang.

Antara aksesori yang mendapat permintaan tertinggi dari para pelanggan Wirdora ialah aksesori yang disalut Emas Rose Gold 18K. Kilauan kristal  tulen dan kemasan Emas Rose Gold 18K memang gandingan yang mantap untuk menyerlahkan gaya yang ingin ditampilkan. Sama ada ingin tampil mewah dengan kilauan, mahupun untuk tampil professional dengan hijab yang kemas dan terletak, Wirdora ada sesuatu untuk memenuhi keperluan setiap wanita untuk bergaya dengan selesa.

Jadi apa kebaikannya kemasan Emas Rose Gold 18K pada aksesori Wirdora?

  • Emas Rose Gold 18K merupakan bahan yang kuat untuk memegang butiran kristal tulen di tempatnya.

Selain merupakan sumber galian yang beharga, Emas Rose Gold 18K juga merupakan bahan yang utuh untuk menghias dan meletakkan butiran kristal pada pemegangnya. Setiap aksesori Wirdora adalah hasil kraftangan untuk memastikan kualiti setiap aksesori. Kristal yang digunakan oleh Wirdora pula merupakan 100% asli. 

  • Emas Rose Gold 18K ialah lambang citarasa terhadap kualiti dan seni.

Aksesori Emas Rose Gold 18K dari Wirdora ialah lambang citarasa dan penghargaan tertinggi si pemakai kepada kualiti dan ketilitian dalam penghasilan seni. Hasil seni yang boleh digunakan setiap hari memberi nilai tambah kepada gaya hidup si pemakai. Wirdora memberi ketrampilan kemas dan bergaya. Sesuai untuk wanita berkerjaya yang tidak ada masa untuk diluangkan untuk berfikir tentang gaya hijab.

  • Emas Rose Gold 18K ialah lambang cinta.

Dari mata jatuh ke hati merupakan perkara biasa apabila aksesori hijab Wirdora dilihat wanita. Kebanyakannya membeli atas dasar menghadiahkan kepada diri sendiri atas usaha keras dalam kerjaya. Tetapi apalah salahnya jika dihadiahkan oleh pasangan sebutir aksesori hijab Wirdora, yang diperbuat dari Emas Rose Gold 18K?

Tambahan pula Emas Rose Gold 18K memang dikenali sebagai emas yang melambangkan cinta. Sebabnya, warna emas kemerahan ini mencetus perasaan romantis. Selain itu, harga Emas Rose Gold 18K lebih mampu milik berbanding emas kuning dan platinum. Walaupun secara zahirnya, Emas Rose Gold 18K lebih utuh kerana terdapat campuran galian gangsa.

  • Emas Rose Gold 18K Harganya Mampu Milik

Emas Rose Gold 18K adalah amalgam yang terdiri dari 75% emas tulen, 22.25% gangsa dan 2.75% perak. Campuran gangsalah yang mencirikan warna kemerahan kepada emas tulen yang bewarna kuning, selain menguatkan bahan asas aksesori Wirdora. Usah bimbang aksesori Wirdora kesayangan anda tidak boleh berubah bentuk atau patah. Ini kerana hampir suku dari bahan asasnya terdiri dari gangsa. Selain itu, peratusan gangsa yang tinggi memberikan berat yang diperlukan pada aksesori hijab Wirdora supaya ia terletak dan hijab anda kelihatan kekal rapi.

Pelbagai aksesori hijab Wirdora yang mengetengahkan penggunaan elemen Emas Rose Gold 18K seperti kerongsang Libelle, cincin tudung Zahra dan cincin tudung Miranda. Kemasan Emas Rose Gold 18K tampak mewah, digandingkan dengan kilauan kristal yang bertatah pada setiap aksesori hijab dari Wirdora.

  • Emas Rose Gold 18K bersifat neutral warnya.

Antara kebaikan warna Emas Rose Gold 18K ialah anda boleh mengabaikan timbang tara sama ada emas kuning mahupun emas putih lebih cocok dengan warna kulit anda. Emas Rose Gold 18K bersifat neutral dan boleh digandingkan dengan sesuai dengan pelbagai jenis warna kulit. Bagi yang berkulit ‘warm’, aksesori emas rose gold sesuai digandingkan dengan tudung bewarna lembut seperti merah jambu, ‘latte’ mahupun hijau pistachio. Manakala yang berkulit ‘cool’, aksesori emas rose gold sesuai digandingkan dengan tudung bewarna legap seperti biru nilam, ungu gelap dan hijau zamrud.

https://wirdora.com/wp-content/uploads/2020/02/Wirdora-Libelle-Colors-400x400.jpghttps://wirdora.com/wp-content/uploads/2020/01/Wirdora-Zahra_2-400x400.jpg

Lihat sahaja gandingan Emas Rose Gold 18K pada kerongsang Libelle. Berbentuk pepatung dengan deretan kristal yang diapit dengan empat biji kristal saling dempak, membentuk kepak sang pepatung. Penuh seni, bergaya dan berkualiti. Itulah Wirdora.

Tidak pula kurangnya, penggunaan kemasan Emas Rose Gold 18K pada cincin tudung Zahra yang bertatah penuh dengan kristal chaton. Cincin tudung ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai cincin tudung, cincin tudung Zahra juga boleh digunakan di jari sebagai aksesori berkemasan emas rose gold 18k dan bertatah kristal. Lihatlah betapa mudahnya menggunakan cincin tudung Zahra di tutorial ini.

110 kristal chaton yang mengulit cincin tudung Miranda memang menarik hati ramai wanita. Rekabentuk Miranda yang menggunakan kestabilan berat Emas Rose Gold 18k untuk memaut setia sebanyak 110 chaton kristal , sarat dengan kilauan dan gaya. Sama seperti cincin tudung Zahra, terpulanglah kepada pemakai sama ada cincin tudung Miranda ini mahu diselit ke tudung mahupun jari.

Produk Wirdora dengan kemasan Emas Rose Gold 18K diberi waranti SATU tahun.

Wirdora memberi yang terbaik untuk para pelanggannya untuk bergaya dan berkeyakinan. Tidak kiralah dari segi kualiti produk, mahupun servis selepas jualan. Sekiranya produk Wirdora milik anda mengalami kerosakan, segeralah berhubung Wirdora untuk mendapatkan servis waranti produk anda. Wirdora memberikan waranti selama setahun untuk setiap produk Luxe (semua produk Emas Rose Gold 18K dalam kategori Luxe) dan selama empat bulan untuk produk Standard.

Pada asasnya, Emas Rose Gold 18K tidak berubah warna, tetapi ia perlulah dibersihkan dan digilap selalu. Seeloknya disimpan semula ke dalam kotak Wirdora yang diberi semasa pembelian. Kotak Wirdora berlapiskan span di dalamnya untuk membolehkan anda menyimpan aksesori hijab Wirdora anda dengan cermat dan selamat.

Sudahkah anda memiliki aksesori hijab dengan kemasan Emas Rose Gold 18K dari Wirdora? Adakah anda berpuas hati dengan pilihan anda? Adakah anda mahu Wirdora memberi cadangan gaya berhijab dengan menggunakan aksesori Emas Rose Gold 18K? Kami ingin tahu! Tinggalkan komen di ruang Comment supaya Wirdora boleh membantu anda menyelesaikan masalah penggayaan hijab anda.

Di Wirdora, kami membantu menata gaya hijab anda!

Leave a comment