Wirdora_Raya Aidil Fitri 2020

Kisah Butang Baju Melayu Abah di Pagi Raya

Kisah di bawah adalah fiksyen semata-mata yang diinspirasikan dari kisah butang baju melayu yang biasa yang berlaku pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Butang baju melayu lazimnya mudah hilang dan mudah diganti. Namun tabiat ini akan berubah setelah kaum Adam mengenali Wirdora Men. Satu Syawal 1441, sama sahaja seperti pagi raya Aidil Fitri yang lain semenjak bergelar isteri. Aku selaku ibu, kelam kabut menyiapkan tiga orang kanak-kanak bawah umur lima tahun. Suamiku sibuk di dapur memotong lemang yang dia berjaya dapatkan setelah beratur panjang. Katanya, ini lemang terbaik di kawasan kami. Almaklumlah, kami tidak pernah beraya di perantauan. Apatah lagi berjauhan dengan ibu bapa di pagi raya. Kami adik beradik sudah berjanji akan berhubung melalui Zoom pada jam 9.30 pagi. Masih ada 30 minit untuk aku menyiapkan diri. Seperti biasa, aku menyemat tudung dengan pin dari kerongsang dari Wirdora. Sudah lebih setahun aku miliki Set Locera ini, namun masih cantik dan berkilauan. Jarum pin dan kerongsang Wirdora tidak merosakkan tudung, tahan karat dan ditatah dengan kristal yang asli. Tak perlu bersiap lama-lama untuk bergaya. Aku turun ke ruang tamu setelah bersiap secepat mungkin. Wirdora Set Locera Anak-anak yang sudah mula bergelimpangan di hadapan kaca televisyen perlu diperbetulkan lagi sampin mereka. “Sekejap sahaja...,” aku memujuk mereka, “...untuk ambil gambar sahaja.” Telefon bimbit aku sudah tersedia di tripod yang aku sempat beli atas talian beberapa hari lepas. Lebih mudah untuk berkomunikasi apabila tangan bebas, tidak perlu memegang telefon bimbit. Setelah semua anak-anak bersedia, kami pun mengambil gambar keluarga kami sempena Hari Raya 2020. Hari Raya pertama dalam sejarah Malaysia di mana rakyat tidak dibenarkan untuk merentas Negeri, maka ramailah yang terpaksa beraya di bandar. Syukurlah ada teknologi yang memudahkan komunikasi bersama ahli keluarga yang jauh. Paparan telefon bimbit aku menunjukkan 4 kotak dalam aplikasi Zoom. Keluarga aku ada tiga beradik, dan ibu bapa kami yang berdua di kampung. Adik-beradikku kelihatan kalut dengan anak-anak masing yang teruja melihat sepupu di paparan telefon masing-masing. Ibu bapaku tersenyum melihat paparan pada skrin telefon mereka. Rindu melihat telatah cucu-cucu yang masih kecil kebanyakannya. “Eh, mana butang baju Melayu abah?” Aku lihat baju melayu Abah tidak berbutang, mak pula tersenyum-senyum. “Kamu jangan tak tahu, Abah kamu ni beli butang baju melayu setiap tahun,” Mak mula bersuara. “Kalau singgah ke gedung beli-belah sebelum raya, kan pasti ada yang menjual. Abah kamu ni seronok tengok orang berniaga. Tahun ni, PKP pula, tiadalah kami ke gedung beli belah. Langsung Abah kamu lupa fasal butang baju melayu.” Abah ketawa besar. “Tak apa, yang penting pakaian anak-anak dan cucu-cucu semua lengkap. Kita dah tua ni tak ada siapa nak belek aih.” Kami semua ketawa. Ya, Abah memang begitu. Sering mementingkan kelengkapan kami berbanding keperluan atau kehendaknya. Tidak pernah Abah mengeluh. Aku teringat akan almari kaca tempat Abah menyimpan hadiah-hadiah pemberian kami sejak kami semua bekerja. Ada jam, tali leher, pen, dan macam-macam lagi yang Abah simpan di situ. Sayang nak dipakai katanya. Aku tanam niat untuk menghadiahkan Abah butang baju melayu Wirdora. Lagipun tak lama lagi Hari Bapa. Dan aku yang yakin yang Abah akan simpan hadiah dari aku elok-elok di almari kacanya. Wirdora Butang Baju Melayu Teruna Kami mengakhiri pertemuan kami di Zoom dengan menunjukkan juadah Hari Raya 2020 di atas meja makan masing-masing. Apalah maksud hari raya tanpa juadah hari raya. Walaupun tidak menerima tetamu, perut dan selera warga rumah masing-masing harus dipenuhi. Kulihat Mak tetap membuat rendang ayam dan kuah kacang seperti biasa. Terliur juga aku dibuatnya. Kemudian kami menghubungi adik beradik sebelah keluarga suamiku pula. Sekali lagi, anak-anak kecik teruja melihat sepupu sepapat dan mahu bercakap tentang permainan terbaru mereka. Jika tahun lepas mereka berentap di ‘stadium’ Beyblade di setiap rumah terbuka, tahun ini terpaksalah mereka mencari perkara lain. Teringatkan bunyi bingit permainan Beyblade itu membuatkan aku rasa lega trend permainan itu sudah berlalu. Usai mengucapkan selamat hari raya dan bermohon maaf dengan keluarga mentua, aku terus membuka laman web Wirdora dan membeli butang baju melayu untuk Abah. Aku yakin Abah akan tetap membeli butang baju melayu setiap tahun untuk memberi sokongan kepada orang yang berniaga. Aku cuma berharap butang baju melayu yang aku beli tidaklah diletak merata tempat seperti yang lain dan hilang. Aku yakin Abah akan menyimpan pemberianku di almari kaca khas itu, sama seperti pemberianku yang lain. Wirdora Butang Baju Melayu Andika Adik aku meminta gambar keluarga kami untuk disunting sebagai gambar raya keluarga besar Mak dan Abah. Kami pun menitip gambar keluarga kami yang paling baik melalui aplikasi Whatsapp. Sesungguhnya mengambil gambar raya dengan kanak-kanak adalah cabaran tahunan yang pahit manis buat diriku. Memang sukar untuk mendapatkan gambar yang terbaik. Setelah adik menghantar gambar yang telah dia sunting untuk kami semua, aku terkejut. “Eh, Abah dah ada butang baju melayu?” aku bertanya melalui Whatsapp keluarga kami. “Mestilah Mak saban tahun kutip dan simpan butang-butang baju melayu Abah kamu,” jawab mak. Aku tersenyum, memang Mak akan menyimpan barang-barang kami yang kami tidak simpan elok-elok. Dan dia juga akan menunggu sehingga kami seakan-akan putus asa mencari, barulah dia akan memberikan semula. Itu cara Mak mengajar kami supaya cermat dengan barang-barang kami. Bayangkanlah Mak yang sudah bertahun mengumpul butang baju melayu Abah, pada tahun 2020 barulah Mak dapat menunjukkan hasilnya! Aku tersenyum teringatkan telatah ibu bapaku. Aku menitipkan doa agar mereka sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Gambar keluarga besar kami di pagi Syawal 2020 tetap nampak ceria dan meriah walaupun hakikatnya kami semua berjauhan. Terlalu banyak pemberian Tuhan yang kita perlu syukuri. Alhamdulillah!

7 comments

http://slkjfdf.net/ – Kelogono Ahufepuk wgf.fimz.wirdora-hq.myshopify.com.rtd.vw http://slkjfdf.net/

iarejeqahixuk

http://slkjfdf.net/ – Iluwayii Ivofucan ewt.xxtb.wirdora-hq.myshopify.com.nak.gs http://slkjfdf.net/

elezaxab

http://slkjfdf.net/ – Igobulo Awowemduf oru.efid.wirdora-hq.myshopify.com.gvg.ht http://slkjfdf.net/

iporenasoxpte

http://slkjfdf.net/ – Awunozu Uruafa cyd.bhta.wirdora-hq.myshopify.com.krn.vc http://slkjfdf.net/

efaxucziduw

http://slkjfdf.net/ – Ogaczed Tabosicet bxg.nyrn.wirdora-hq.myshopify.com.vhp.cy http://slkjfdf.net/

opayobes

Leave a comment