Wirdora Nanofiber Filter

Nanofiber Filter Wirdora

Penjualan pelitup muka kain kini bagai cendawan selepas hujan. Penularan wabak COVID-19 menjadikan pelitup muka sebagai keperluan asas untuk melindungi diri. Wirdora juga turut menyumbang kepakaran penggayaan hijab dengan bekerjasama dengan jenama Innersejuk untuk menghasil pelitup muka yang senang dan selamat digunakan oleh pengguna hijab. Sejak mula menjual pelitup muka bertatah crystal sejak Mei 2020, pelitup muka Wirdora kini maju selangkah dengan memperkenalkan Nanofiber Filter untuk perlindungan yang terulung! Wirdora Nanofiber Filter Specification Details Bukan sekadar gaya. Itulah kata-kata hikmat yang disandang oleh setiap produk rekaan Wirdora, baik pin tudung mahupun cincin tudung Wirdora. Apatah lagi untuk pelitup muka Wirdora 4.0 yang kini didatangkan dengan poket khas untuk penapis sebagai satu lapisan tambahan untuk perlindungan diri. Penggunaakan pelitup muka di kawasan umum adalah wajib sejak 1 Ogos 2020. Sejak penularan wabak koronavirus, banyak perkara yang telah berubah. Cara kita membawa diri di kawasan umum, sehinggakan cara kita menggayakan menggayakan tudung juga sedikit sebanyak telah berubah! Wirdora Nanofiber Filter News Paper Cutting KKM Spec Keperluan untuk berpelitup muka kini wajib untuk melindungi diri. Namun, dengan berita-berita seperti penularan COVID-19 melalui kontak rapat yang tidak bergejala dan pembuangan 10 juta pelitup muka setiap hari yang mencemar alam, Wirdora mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini. Penapis Nanofiber merupakan penapis yang ultra-nipis yang boleh melindung dari 99.9% microbial bakteria dan virus, dan boleh dibasuh untuk diguna semula! Gayakan hijab anda dengan lebih yakin dengan pelitup muka Wirdora yang diselit dengan Nanofiber Filter yang canggih ini. Wirdora Nanofiber Filter Membrane Structure Dengan kenipisan ultra 0.1mikrometer, anda selesa bernafas dan bercakap, walau berpelitup muka. Lebih-lebih lagi keselesaan itu datang kerana perasaan selamat untuk berkomunikasi dengan orang sebab sedia ada tahu dengan perlindungan yang diberi oleh Nanofiber Filter Wirdora. Ini kerana keberkesanan kain Nanofiber Filter ini tidak dipengaruhi oleh lembapan dari nafas kita seperti penapis konvensional. Penapis konvensional dihasilkan menggunakan elektrostatik yang hilang keberkesanannya apabila terkena lembapan. Berbeza dengan Nanofiber Filter yang dihasilkan menggunakan teknik ‘electrospinning’, sekaligus membolehkan penapis bertindak sebagai penapis secara fizikal dan bukan secara elektrostatik seperti penapis konvensional. Wirdora Nanofiber Filter Filtration Spec Nanofiber Filter Wirdora yang didatangkan khas dari Korea Selatan ini merupakan teknologi terbaru dalam tekstil. Dengan menggunakan membran nanofiber yang terjalin dalam struktur seperti jaring ikan yang padat, tidak hairanlah mengapa Nanofiber Filter Wirdora cukup kuat untuk dibasuh dan diguna semula sehingga 20 kali. Untuk makluman, Nanofiber Filter Wirdora telah diuji dengan ujian lentur di bawah kekerapan 4000 kali dan disahkan tiada kecatatan pada bentuk Nanofiber Filter tersebut. Penapis ultra-nipis ini juga telah disahkan Halal oleh Korea Halal Authority. Wirdora Nanofiber Filter Halal Cert Menariknya Nanofiber Filter dari Korea Selatan ini turut mendapat pengesahan dari US FDA. Nanofiber Filter ini disahkan keberkesannya bawah piawai US FDA (878.4040). Selain itu, Nanofiber Filter ini mendapat kelulusan dari EPA (Environmental Protection Agency) yang penggunaan Nanofiber Filter ini bersama pelitup muka fabrik menjadikan pelitup muka fabrik lebih selamat. Ini kerana Nanofiber Filter mendapat pelepasan dari FDA 510K bawah K172500 sebagai dibolehkan untuk dipasarkan sebagai ‘surgical mask’, atau setara dengan pelitup muka 3M Flex. Wirdora Nanofiber Filter US FDA EPA Wirdora sebagai ‘Your Faithful Companion’ semestinya hanya mahu menyediakan yang terbaik kepada para pelanggan. Kualiti tinggi Nanofiber Filter Wirdora memberi perlindungan yang superior apabila diguna bersama Wirdora Face Mask meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri untuk keluar dari rumah untuk mencari rezeki, selain untuk melindungi anak-anak yang ke sekolah. Sesungguhnya jenama Wirdora bukanlah sekadar untuk bergaya, tetapi sememangnya berfungsi sebagai keperluan yang mengurangkan rasa khuatir dan was-was pada masa kini sedang kita dilanda wabak koronavirus. Wirdora Face Mask Hawa and Wir Seperti dalam Al-Quran melalui surah Al-Anfal yang banyak menceritakan tentang keadaan semasa perang, begitulah juga halnya kita kini yang berperang dengan wabak koronavirus. Disebut bahawa dalam kita menghadapi musuh hendaklah kita sentiasa berwaspada dan jangan lalai dalam menyediakan kelengkapan ‘berperang’ supaya musuh tidak dapat berleluasa. Selain itu, ‘senjata’ kita janganlah dipisahkan dari badan untuk melindungi diri sendiri. Sama seperti yang kita hadapi kini, janganlah kita lalai pada SOP untuk memastikan tangan kita bersih, mengamalkan penjarakan sosial, dan berpelitup muka yang memberi pelindungan terbaik untuk kita. Wirdora Nanofiber Filter Specification Details Simplified Penggunaan Nanofiber Filter Wirdora dengan pelitup muka fabrik membolehkan perlindungan dari 99.9% mikrob bakteria dan virus, kekal keberkesanannya walaupun terkena lembapan, dan boleh dicuci dan diguna semula sehingga 20 kali. Hilang rasa gusar sekiranya kita tahu yang kita telah memberi perlindungan yang terbaik untuk diri dan keluarga kita. Nanofiber Filter Wirdora juga lebih menjimatkan kerana ini boleh dicuci dan diguna semula, selain merupakan pilihan yang lebih baik untuk kebersihan alam sekitar. Siapa sangka penggunaan fabrik ultra-nipis Nanofiber Filter Wirdora ini mampu memberi impak yang positif kepada kesihatan fizikal, kesihatan mental, kesihatan alam, dan juga kesihatan kewangan kita? Kami di Wirdora berbesar hati dapat pergi lebih jauh dalam memberi nilai kepada para pelanggan kami. Melalui Nanofiber Filter Wirdora, Wirdora bukan sahaja memberi nilai tambah kepada penataan hijab harian anda melalui aksesori hijab, malah Wirdora memberi ketenangan fikiran apabila kita dan ahli keluarga tersayang perlu berada di luar rumah. Sama seperti produk Wirdora yang sedia ada, Nanofiber Filter Wirdora ini telah dikaji kebaikannya sebelum diputuskan untuk ditawarkan kepada pelanggan Wirdora. Tampil lebih yakin, dan selamat bersama Nanofiber Filter Wirdora. Insya-Allah. Dapatkan Nanofiber Filter Wirdora anda di sini.

Leave a comment