Blog
- butang

Wasiat Luqman Buat Wirdora Kids Kesayangan
Aku sedang menyiapkan pakaian anak-anak untuk Hari Raya Aidil Adha. Semoga penularan COVID-19 semakin dapat dikawal dan tiada halangan untuk pulang ke kampung Hari Raya Aidil Adha ini. Almaklumlah, Hari Raya Aidil Fitri yang lalu PKP sedang berkuatkuasa maka terpaksalah beraya di perantauan. Kali ini, aku bersiap sedia awal memasukkan barang-barang ke dalam beg kerana terasa sungguh lama tidak pulang ke kampung. Aku memilih perhiasan hijab Wirdora untuk dipakai pada Hari Raya. Sambil membelek-belek satu per satu koleksiku, aku teringatkan anak-anakku yang akan memulakan persekolahan tidak lama lagi. Aku sempat membeli pelitup muka kanak-kanak dari Wirdora x Innersejuk untuk anak-anakku....

Sayang Ayah Sanjungan Hati Wirdora
Kisah fiksyen Hari Ayah dari Wirdora ini diinspirasikan oleh perkara-perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Kisah ini ialah rekaan semata-mata dan tiada perkaitan dengan mana-mana orang perseorangan ataupun keluarga yang masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah. Aku panjatkan syukur kepada Ilahi setelah pengumuman kebenaran merentas negeri diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri. Hari Raya Aidilfitri tahun ini menyaksikan aku anak beranak buat kali pertamanya berhari raya di Bumi Kenyalang. Keseronokan hari raya tetap terasa dengan kehadiran cahaya mata, tetapi terasa seakan tak puas. Selagi tak dapat mencium tangan kedua ibubapa, selagi itulah terasa jurang rindu yang sukar digambarkan....

Kisah Butang Baju Melayu Abah di Pagi Raya
Kisah di bawah adalah fiksyen semata-mata yang diinspirasikan dari kisah butang baju melayu yang biasa yang berlaku pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Butang baju melayu lazimnya mudah hilang dan mudah diganti. Namun tabiat ini akan berubah setelah kaum Adam mengenali Wirdora Men. Satu Syawal 1441, sama sahaja seperti pagi raya Aidil Fitri yang lain semenjak bergelar isteri. Aku selaku ibu, kelam kabut menyiapkan tiga orang kanak-kanak bawah umur lima tahun. Suamiku sibuk di dapur memotong lemang yang dia berjaya dapatkan setelah beratur panjang. Katanya, ini lemang terbaik di kawasan kami. Almaklumlah, kami tidak pernah beraya di perantauan. Apatah lagi...