Blog
- melayu

Rania by Wirdora Premium Pleats

Blue Zircon from Wirdora for December
Come December, usually comes the relaxed feeling of school holidays and vacations. But not this year in 2020, as the pandemic hits we learn to live with the pandemic and adjust our lifestyle. Us at Wirdora, we have been through a lot this year - just as many others have and are still going through. So we thought, maybe we should reward ourselves a little to cap off 2020? Or to get a special birthstone gift for those whose starsign are Sagittarius and Capricorn? The birthstone for the month of December is Blue Zircon. Blue Zircon from Swarovski is known...

Butang Baju Melayu Indra dari Wirdora

Butang Baju Melayu Wirdora
Dari kejauhan terlihat. Berbadan tegap, tampak kemas sempurna dengan butang baju Melayu dan kain samping songket. Bersongkok baldu hitam, sama hitam seperti keningnya bak pahlawan. Berkulit bersih dan sawo matang, menyerlahkan kejernihan mata si pemuda Melayu yang tampan. Sesekali dia tersenyum, memang memikat. Begitulah jejaka Nusantara yang semula jadinya tampan dan segak. Hakikatnya, baju Melayu bukanlah pakaian ciptaan baharu zaman milenia. Baju Melayu sudah wujud semenjak abad ke-15 lagi sebagai pakaian bangsawan dan pakaian istimewa yang dipakai semasa solat Jumaat. Namun kini pada abad ke-21, rata-rata orang Melayu masih menggunakan baju Melayu untuk kegunaan rasmi dan untuk solat Jumaat. Istimewanya...

Sayang Ayah Sanjungan Hati Wirdora
Kisah fiksyen Hari Ayah dari Wirdora ini diinspirasikan oleh perkara-perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Kisah ini ialah rekaan semata-mata dan tiada perkaitan dengan mana-mana orang perseorangan ataupun keluarga yang masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah. Aku panjatkan syukur kepada Ilahi setelah pengumuman kebenaran merentas negeri diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri. Hari Raya Aidilfitri tahun ini menyaksikan aku anak beranak buat kali pertamanya berhari raya di Bumi Kenyalang. Keseronokan hari raya tetap terasa dengan kehadiran cahaya mata, tetapi terasa seakan tak puas. Selagi tak dapat mencium tangan kedua ibubapa, selagi itulah terasa jurang rindu yang sukar digambarkan....

Butang Baju Melayu Wirdora Untuk Si Dia
Kisah fiksyen dalam blog Wirdora ini diinspirasikan oleh perkara-perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Kisah ini ialah rekaan Wirdora semata-mata dan tiada perkaitan dengan mana-mana orang perseorangan ataupun keluarga yang masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah. “Begini. Guna cara begini kan senang,” kataku seraya mengambil semula pensel dari tangan kecil anakku. Bukan aku tidak mahu mengajarnya menulis, tetapi dia sudah berkali-kali menempek padaku. Meminta untuk diajar menulis. Kalau dia bukan berumur tiga tahun, memang sudah lama aku naik angin. Namun, mengajar kanak-kanak yang masih tiada keperluan untuk menulis pun boleh mendatangkan stress juga. Apatah lagi kerana aku ada tugasan...