Analisis Warna Peribadi - Apakah Warna ‘Musim’ Anda?

Tak ramai yang mengetahui kewujudan ilmu analisis warna peribadi untuk mengetahui warna ‘musim’ sendiri. Mengetahui warna ‘musim’ diri sendiri membolehkan kita memilih warna yang terbaik untuk diri kita. Selain itu, kita juga boleh berbelanja dengan bijak apabila memilih warna-warna yang berkesan untuk penampilan kita.

 

Tentu kita pernah terlihat atau mengenali seseorang yang sentiasa tampak menarik walaupun gayanya bersahaja. Orangnya tidaklah bersolek tebal, mahu pun mengenakan pakaian atau beg berjenama. Selalunya orang begini nampak selesa dan tidak terlalu mencuba. Pernahkah kita perhati penataan warna yang dipilih oleh orang itu? Sudah tentu tidak! Lembutnya ilmu analisis warna peribadi ini, sehinggakan orang tidak tersedar. Yang orang sedar, cuma ketrampilan kita yang sentiasa menarik dan sedap mata memandang. Wirdora Rivoli Scarlet Crystal Di Wirdora,  kami menggunakan kristal  yang didatangkan dengan pelbagai warna yang menarik. Sering kali pelanggan rambang mata dalam memilih warna-warna menarik kristal . Diharap blog ini dapat menjadi panduan kepada #WirdoraLovers untuk memilih warna yang terbaik mengikut warna ‘musim’ kalian. Sudah tentunya Wirdora sebagai ‘Your Faithful Companion’ akan memberi tips yang terbaik dalam penggayaan wanita berhijab. Ini termasuklah memberi panduan untuk analisis warna peribadi anda. Teruskan membaca dan ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengetahui warna ‘musim’ anda.

Adakah tona anda Suam atau Dingin?

Asas kepada analisis warna peribadi ialah mengetahui sama ada kita dalam kumpulan tona warna Suam atau Dingin. Tona warna kita tidak berubah sepanjang hayat. Tidak kiralah sama ada kita telah berjemur, atau pun mengambil pil pemutih (tidak digalakkan untuk kesihatan organ hati). Ini kerana tona warna kita ditentukan oleh jumlah pigmen merah (hemoglobin) dan jumlah pigmen kuning (karotin) dalam darah kita. Gabungan pigmen-pigmen inilah yang menentukan tona warna kita. Dan tentunya gabungan pigmen-pigmen ini kekal, sama ada warna kulit kita semakin cerah atau gelap. Cara untuk mengetahui tona warna kita mudah sahaja.
  1. Berdiri di tempat yang mempunyai cahaya semula jadi yang cukup. Seeloknya di dalam rumah dan bukan cahaya yang terlalu terang.
  2. Lihat di bawah pergelangan tangan anda. Periksa warna urat-urat yang kelihatan di situ.
  3. Sekiranya urat-urat anda kehijauan, tona warna anda ialah Suam.
  4. Sekiranya urat-urat anda keunguan, tona warna anda ialah Dingin.

Tona warna saya Suam, warna apa yang terbaik untuk saya?

Tona warna Suam terdiri dari warna kuning hingga ke warna merah pada roda warna. Ini bermakna, warna-warna mewah seperti warna terracotta, warna cahaya matahari terbenam dan warna keemasan merupakan warna-warna yang sangat sesuai untuk digayakan. Begitu juga dengan warna-warna terang seperti kuning bunga matahari, merah bunga raya dan oren bunga gerbera. Memiliki tona warna Suam membolehkan anda menggayakan pelbagai warna dari kristal yang ditatah pada perhiasan hijab Wirdora. Penggunaan warna yang terbaik, ditambah pula dengan kilauan kristal . Tidak hairanlah mengapa ada sesetengah orang tahu menata gaya dengan baik tanpa kelihatan keterlaluan. CT Canting Wirdora

Tona warna saya Dingin, warna apa terbaik untuk saya?

Tona warna Dingin terdiri dari warna hijau hingga ke warna ungu pada roda warna. Ini bermakna, warna-warna damai seperti warna laut, warna langit dan awan merupakan warna-warna yang cocok untuk digayakan. Selain itu, warna ungu bunga orkid dan hijau daunnya juga merupakan warna-warna yang sesuai untuk kalian yang bertona warna Dingin. Kristal memang terkenal dengan warna kristalnya yang jelas dan terang, apatah lagi apabila dikenakan dengan perhiasan hijab Wirdora untuk si pemakai bertona warna Dingin. Memang sesuai gandingan kilauan kristal dalam warna-warna Dingin untuk memberikan penggayaan yang elegen. Wirdora Rivoli 3D Flower Butterfly pin Miranda

Tona warna saya Suam, saya suka warna keemasan dan saya cukup berkenan dengan Scarf Ring Elena. Tetapi haruskah saya memilih warna Golden atau Smoked Topaz?

Soalan sebeginilah yang menjurus ke analisis warna peribadi untuk mengetahui warna ‘musim’ anda. Sama seperti cara menentukan tona warna anda, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah seperti yang dinyatakan di bawah.
  1. Sediakan cermin dalam bilik yang mempunyai cahaya semula jadi yang cukup. Elakkan cahaya yang terlalu terang dari luar.
  2. Rapatkan cermin ke muka untuk mengamati warna mata anda.
  3. Lihat sama ada terdapat lingkaran gelap di sekeliling iris pada mata anda.
  4. Sekiranya ada lingkaran gelap, warna ‘musim’ anda ialah ‘Musim Bunga’.
  5. Sekiranya tiada lingkaran gelap di sekeliling iris, warna musim anda ialah ‘Musim Luruh’.

Jadi jawapan kepada persoalan di atas ialah, sekiranya warna ‘musim’ anda ialah Musim Bunga, anda digalakkan memilih warna-warna yang lembut dan terang. Ini perlulah berpandukan kepada tona warna yang sesuai untuk anda, sebagai seorang yang bertona Suam. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk memilih Scarf Ring Elena berwarna Golden.  Warna ini memberikan kesan yang terbaik untuk tona kulit anda dan menghasilkan penataan yang terbaik untuk ketrampilan anda. Siapa sangka ilmu warna sebegini mampu memberi impak yang besar dalam pemilihan anda. Lain pula jika jawapan anda menjurus ke warna Musim Luruh, anda digalakkan memilih warna yang lebih legap dan gelap. Ini seharusnya merujuk kepada warna-warna yang dicadangkan untuk mereka yang bertona Suam. Dalam erti kata lain, anda digalakkan memilih Scarf Ring Elena berwarna Smoked Topaz.  Nah, bagaimana? Suka untuk mengetahui lebih lanjut tentang analisis warna peribadi anda? Tak sabar nak tahu lebih banyak lagi tentang warna ‘musim’ anda?

 

Wirdora berbesar hati sebagai Your Faithful Companion untuk memberi ilmu penataan warna dan gaya kepada #WirdoraLovers! Kami akan menceritakan dengan lebih lanjut mengenai analisis warna peribadi dan warna-warna ‘musim’ khas untuk anda dalam blog-blog yang akan datang. Sementara itu, tak perlulah malu atau segan dengan kami sekiranya anda ada apa-apa soalan berkaitan penggayaan hijab. Tulis kepada kami di ruangan Comment di bawah atau hubungi kami. Wirdora sedia berkhidmat, insyaAllah. Semua produk yang dinyatakan dalam blog ini boleh didapati di sini.

Leave a comment