Maulidur Rasul bersama Wirdora

Maulidur Rasul bersama Wirdora

Cerita berkaitan sambutan Maulidur Rasul di bawah merupakan ciptaan semata-mata untuk tujuan pengiklanan Wirdora. Cerita yang dinyatakan tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Sambutan Maulidur Rasul memperingatkan kita tentang amalan-amalan baik Rasullallah yang menjadi prinsip kerja dan hidup di Wirdora. Kami di Wirdora menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh yang paling mulia dan menganggap Maulidur Rasul sambutan yang signifikan.

Anakku memberitahu tema Maulidur Rasul pada tahun ini, “Ummah Rabbani, Negara Harmoni,” katanya. Aku hanya mengangguk sambil mataku tertumpu kepada kerja yang sedang menunggu untuk disiapkan, sambil-sambil melihat aksesori di laman web WIrdora. Sudah masuk minggu kedua anak-anakku kembali ke rutin kelas secara atas talian, manakala aku sememangnya diarah untuk bekerja dari rumah semenjak COVID-19 mula berleluasa pada awal tahun ini. “Apa maksud ‘rabbani’?” aku bertanya untuk menguji keupayaan berfikirnya. Bukanlah aku menjangka dia akan dapat menjawab dengan tepat soalanku itu tapi aku cuma tidak mahu perbualan ini tamat di situ sahaja. Bukannya lama budak-budak ni mahukan perhatian sebegini, sekejap sahaja mereka akan besar, kataku kepada rasional diriku yang ingin segera menyiapkan kerja.

“Tak ingatlah, mama. Tapi saya rasa maksudnya macam ada ciri ketuhanan. Ummah Rabbani tu macam rakyat yang percaya dan berbakti kepada Tuhan.” Aku terkejut juga dengan jawapan yang jelas tersebut, walaupun cara menjawabnya seakan ragu-ragu dengan kemampuan sendiri. Tidak rugi aku mendidik anak-anakku untuk berbahasa dengan baik, semoga kebolehan ini mampu melindungi dirinya dari kejahatan. Aku berdoa untuk anakku dalam hati, sepertimana yang aku sering lakukan apabila terlihat sesuatu yang baik atau buruk berlaku. “Pukul 10 pagi ni kelas agama mesti pakai baju Melayu, mama. Siapa yang boleh berselawat dengan lancar boleh dapat hadiah. Baju yang dipakai pun ada markah.”

Aku menepuk dahiku, memang beginilah perangai anak-anakku. Jarang sekali mereka memberi peluang untuk aku bersiap sedia dengan keperluan mereka dengan tenang. Tentu sahaja aku diberitahu pada saat-saat terakhir seolah-olah aku lebih suka menganggap perkara ini bagai sukan bagi diriku. Sudah tentu berpeluh-peluh aku dek mencari barang-barang yang jarang dipakai dengan pantas.

“Pergi tanya papa,” kataku untuk menunjukkan rasa marah dengan permintaan saat akhirnya. Aku tahu yang bapanya juga tidak akan tahu di mana letaknya butang-butang baju Melayu Wirdora yang aku belikan. Kerap kali dia membeli butang baju Melayu di bazar Ramadhan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri dan mengabaikan butang-butang Melayu tersebut setelah dipakai. Aku telah mengambil keputusan untuk membeli butang baju Melayu dari Wirdora yang sememangnya cantik dan biar aku sahaja yang menyimpannya. Bahunya kelihatan jatuh apabila mendengar jawapanku kerana dia sedar yang aku marah.

Aku mempunyai sesi Zoom pada pukul 10 pagi juga dan kini aku hanya mempunyai 10 minit untuk menyiapkan anakku untuk sambutan Maulidur Rasul secara mayanya dengan rakan sekelas. Nasib baiklah aku sudah bersiap sedia dengan tudung sarung mudah yang akan aku sisipkan dengan aksesori Kirana dari Wirdora. Mudah sahaja untuk kelihatan bergaya dan bersedia dengan Wirdora. Aku bingkas bangun sambil menjeling anakku yang memeluk tubuh sambil memandang lantai.

Aku menggelungsur pintu almariku ke tepi untuk membuka seluas-luasnya. Puas hatiku dapat melihat terus koleksi aksesori hijab dari Wirdora kesayanganku. Aku menyeluk tanganku ke bahagian belakang kotak-kotak Wirdoraku dan terpegang kotak segi empat yang panjang. Tentu ini kotak butang baju Melayu Wirdora. Aku meraba kepanjangan kotak tersebut untuk mengesahkan yang kupegang itu butang baju Melayu Wira.

Setelah yakin, barulah aku menarik keluar kotak itu. Selesai satu perkara. Kemudian aku masuk bilik anak-anak lelakiku untuk mencari baju Melayu. Memang mudah kehidupan sekiranya sistem almari kemas dan berorganisasi. Tambah pula dengan pilihanku baju Melayu yang tak perlu diseterika. Aku intai kotak kecil butang baju Melayu Wira yang kupegang. Berkilau kristal  yang bertatah. Aku senyum kerana kalah membeli sememangnya menang memakai.

“Ambil ni. Pergi tukar baju sekarang cepat. Nanti mama pasangkan butang baju Melayu. Pakai kopiah juga.” Aku memberi arahan dengan tegas. Aku sepatutnya lebih tahu yang anakku memang bijak mengambil hatiku sebelum dia membuat aku marah. Dia sudah tahu aku pasti berang dengan permintaan saat akhirnya, sebab itulah dia menjawab soalanku dengan baik. Sepantas kilat anakku sudah berada depan mataku berbaju Melayu dan kopiah. Aku memasangkan butang-butang baju Melayu padanya. Diam seribu bahasa.

“Terima kasih mama!” Ucapnya dengan ceria sambil terus berlari untuk mengikuti sambutan Maulidur Rasul secara atas talian. Aku pula terus menyarungkan aksesori Wirdoraku dan menyemak penampilanku pada telefonku. Alhamdulillah, bisik hatiku. Lalu aku mengucapkan selawat atas kebesaran Nabi Muhammad SAW, manusia paling Agung. Teringat diriku dengan tafsir Surah Muhammad yang aku baca bersama-sama anak-anakku tempoh hari.

Ayat 31 Surah Muhammad menyatakan yang Allah akan menguji kita sehingga terlihat siapa antara kita yang benar-benar berjihad dan bersabar. Aku dan anak-anakku membincangkan pentingnya keteguhan hati dan kebenaran cita-cita seseorang dalam perjuangan. Suamiku mengingatkan anak-anak yang dalam perjuangan yang sebenar, perjalanannya akan penuh dengan onak diri. Perasaan hina dan dipuji akan dilalui tetapi ketahuilah yang perasaan sebegitu adalah sementara. Yang kekal hanyalah pengabadian perjuangan kita untuk mendapat keredhaan Illahi.

Suamiku memang arif dalam perihal mendidik anak dengan cara pembacaan. Aku pun turut tumpang seronok mengikuti sesi berbincang tafsir Surah Al-Quran dengan anak-anak. Dia juga banyak mengetahui kisah-kisah Nabi Muhammad untuk diceritakan dengan anak-anak. Semoga Allah terus melindungi kami sekeluarga dan memberkati sambutan Maulidur Rasul anakku bersama rakan sekelasnya. Amin.

Leave a comment